Wednesday 18 January 2012

semangat baru

bila difikirkan balik ape yg jadi dalam hidup aku ,mungkin akan lebih banyak hikmah yg aku akan dapat ..
aku percaya yg Allah akan sentiasa memberi perlindungan kepada aku ..dan aku berharap yg aku akan dapat petunjuk untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik ..mungkin aku akan selalu kecewa ketika bercinta ,tetapi ,tidak mustahil aku akan dapat kebahagiaan di 1 hari kelak .. :)
bukan kita yg merancang semua nih ,kan??
jgn berasa kecewa untuk bercinta ,kerana perasaan itu sangat bernilai ,janji kita berada di landasan cinta yg betul .insyaAllah , semuanya akan berjalan dengan lancar ..
tetapi ,kisah aku ,tak semua orang yg akan dapat menghadapi cubaan ini .namun ,aku akan berusaha untuk menjadi yg lebih baik untuk orang yg akan aku cintai di kemudian hari ..aku sangat mengharapkannya.
biarlah kisah yg lepas ,akan terus berlalu seperti angin .
biar dia dgn kehidupan dia ,dan aku dengan kehidupan aku ..aku masih lg ada kawan2 yg selalu bersama aku .. ;)

Sunday 15 January 2012

kau hadir di saat aku memerlukan kau ,
kau hadir di saat aku kesepian ,
kau hadir dengan memberi semangat untuk mencintai lagi ,
kau tinggalkan aku di saat aku mula mengharapkan kau ,
kau pergi dengan memungkiri janji kau,
dan sekarang ...
aku dalam keseorangan yang menantikan kehadiran seorang teman ,
hidup ini penuh dengan tangisan ,
dan walaupun begitu ,
aku tetap akan tersenyum buat insan yang menyayangi aku ...

Thursday 12 January 2012

lupakan kisah silam

kau hadir ketika aku dilukai oleh org lain ,tika itu ,aku merasakan yg kau adalah untuk aku ..dalam masa 2 bulan ,kita bina cinta bersama..
tiba2 ..untuk ke bulan yg ke 3 ,kau membuat 1 perubahan yg amat ketara ,kau tak mahu lg berjumpa selalu seperti yg kau lakukan ..
henfon kau sentiasa berdering ,dan adakalanya ,kau membiarkan aku dan lebih pentingkan org yg contact kau ,akhirnya ,aku tau sendiri yg kau masih berhubung dgn ex kaple kau ,aku terkedu ketika itu ..lama2 ..kau semakin berubah ,,aku mula berfikir yg aku dah rosakkan hubungan mereka walaupon aku tau aku tak salah ..terlintas di fikiran aku untuk satukan mereka kembali ,,aku buat aper yg aku fikirkan ,dan aku berjaya pulihkan semula hubungan diorang ,dan juga berjaya lukakan hati aku ..tika itu ,aku hanya berdoa supaya hati aku kuat ,,
selama sebulan kita berdiam diri tanpa berita ,dan aku semakin kuat utk melupakan kau ,namun ,apakan daya ,tuhan telah mempertemukan kita semula ,untuk apa??aku tidak pasti ,,tp ,yg aku tau .ketika aku jumpa kau kembali ,aku amat merindui kau ,terlalu merindui ..
akhirnya ,saat itu ,pelbagai masalah dtg dlm diri dia ,dan semua org yg selalu ade ngan dia,hilang begitu sajer,tmasuk awek dia .aku sgt risaukan kau ketika itu ,dan hubungan kita kembali terjalin seperti biasa kerana aku rasa bersalah ketika itu ,namun ,entah ape yg tak kene ,kau mula kembali dgn perangai kau ,kau tiba2 tak contact aku ,kenapa begitu ??entahlah ...
aku tak tau aper punca kau cari aku kembali jika kau nak lukakan aku kembali ,adakah kau berasa begitu seronok ???
dan utk kali ke3 ,pada hari genap 4 bulan hubungan kita ,aku jumpa kau buat kali terakhir ..aku terlalu menyayangi kau ..
tp ,apakan daya ,hubungan kita tergantung begitu saja ,dan boleh diibaratkan seperti tiada apa2 hubungan lg ..aku st pedih menahan kesakitan ni ..kenapa kau tak merasakannya ..??dan sekarang nih ,untuk bulan yg ke 5 ,aku harap aku tak akan jumpa ngan kau lg kalau aku ada di sana. aku sangat mengharapkan perkara itu ..kerana ,aku tak sanggup lagi dilukai ..kerana kau juga ,aku berasa semakin benci terhadap lelaki ..
semoga kisah kita tidak akan berulang lagi ...aku inginkan kenangan kita terpadam secepat yang mungkin ..
kerana ,aku ingin menukar cerita hidup aku ,, :)